Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
38) SEKOLAH TINGGI PERSENDIRIAN CINA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sekolah Tinggi Persendirian Cina di negeri ini kesuntukan dana. Adakah kerajaan mempertimbangkan saluran kewangan ditingkatkan dari setengah juta ke RM 1 juta untuk 4 sekolah tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan kepada empat (4) sekolah persendirian cina iaitu Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa, Sekolah Menengah Hin Hua, Sekolah Menengah Kwang Hwa dan Sekolah Menengah Pin Hwa telah menerima bantuan sebanyak RM500,000 setahun bermula pada tahun 2009 sehingga kini. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meningkatkan peruntukan tersebut. Peruntukan bantuan sekolah akan diagihkan berdasarkan permohonan dan keperluan pihak sekolah untuk penyediaan infrastruktur yang leboh selamat dan kondusif.