Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

189) SEKOLAH TAHFIZ NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pusat/sekolah tahfiz swasta yang telah berdaftar dan berapakah jumlah bilangan pelajar yang terlibat?

    Jumlah pusat/ sekolah tahfiz swasta yang telah berdaftar adalah 369 buah sekolah dan melibatkan seramai 18,963 orang pelajar.

  2. Berapakah pusat/sekolah tahfiz swasta yang masih belum berdaftar?

    Sekolah tahfiz swasta yang masih belum berdaftar adalah 22 buah sekolah.

  3. Apakah tindakan penguatkuasaan dan usaha Kerajaan dalam memastikan semua pusat/sekolah tahfiz ini didaftarkan?

    Bagi memastikan semua sekolah tahfiz swasta dapat didaftarkan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan beberapa tindakan seperti;

    • Menerbit dan mengedar Buku Panduan Pengurusan Am (Penubuhan & Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor bagi memandu dan membimbing pengendali sekolah tahfiz swasta menguruskan pendaftaran mengikut tatacara yang ditetapkan.
    • Pemantauan khas ke seluruh Negeri Selangor bagi menyemak status pendaftaran sekolah tahfiz swasta yang dapat dikenalpasti.
    • Menganjurkan Seminar, taklimat, forum dan dialog dengan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Persatuan-persatuan Maahad Tahfiz di Negeri Selangor (PITAS).

Lampiran

Tiada Lampiran.