Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
119) SEKOLAH TAHFIZ
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu sekolah-sekolah tahfiz yang terjejas akibat wabak penyakit Pandemik COVID-19 baik dari segi kewangan atau infrastruktur?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor menyalurkan bantuan berjumlah RM 1,510,559.00 kepada 97 buah sekolah tahfiz menggunakan peruntukan di bawah Bajet Pembangunan P01. Bantuan ini di salurkan melalui Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor bagi tujuan membaik pulih atau membaiki infrastruktur sekolah di Negeri Selangor.