Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

136) SEKOLAH TAHFIZ

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu sekolah-sekolah tahfiz yang terjejas akibat wabak penyakit Pandemik COVID-19 baik dari segi kewangan atau infrastruktur?

    Bantuan kepada sekolah-sekolah tahfiz yang terjejas akibat wabak penyakit pandemik COVID-19 telah diberikan melalui sumbangan dari MAIS iaitu melalui peruntukan Baitulmal dan Fidyah MAIS serta sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS). Fokus bantuan adalah untuk membantu dari sudut kebajikan (tunggakan hutang, yuran bulanan), pendidikan, pembangunan dan utiliti serta bekalan makanan.

     

    Sebanyak RM 9,988,132.00 bantuan telah diberikan terdiri dari RM 253,400.00 menggunakan perutukan Baitulmal dan Fidyah MAIS (masing-masing RM 200,000.00 dan RM 53,400.00). Manakala LZS sebanyak RM 9,734,732.00 yang diberikan kepada individu dan organisasi yang memohon bantuan bagi menampung keperluan.

     

    Bahagian Pendidikan Islam JAIS juga telah memanjangkan Permohonan Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 Institusi-Institusi Pendidikan Islam Tahun 2021 dari Kerajaan Persekutuan yang dikelolakan oleh JAKIM. Bantuan tersebut disediakan secara one off untuk membantu mengurus pengoperasian Institusi Pendidikan Islam (Institusi Tahfiz) yang terkesan impak pandemik COVID-19. Jumlah yang dipohon adalah sebanyak RM 14,259,189.00 untuk diberikan kepada 288 buah sekolah yang memohon.

     

    Selain itu, program vaksinasi kebangsaan juga telah dipanjangkan ke sekolah- sekolah tahfiz swasta yang berdaftar di bawah JAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.