Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
173) SEKOLAH TAHFIZ
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah sekolah tahfiz di Selangor yang berdaftar dan tidak berdaftar mengikut DUN.
Jumlah Sekolah Tahfiz di Selangor yang berdaftar dan tidak berdaftar mengikut Daerah. Tidak dapat dinyatakan mengikut DUN.
DAERAH MAAHAD TAHFIZ NEGERI MAAHAD TAHFIZ PERSENDIRIAN BERDAFTAR TIDAK BERDAFTAR/ DALAM PROSES Gombak 0 27 20 Klang 1 35 22 Kuala Langat 1 19 6 Kuala Selangor 0 25 12 Petaling 0 54 63 Sabak Bernam 1 13 4 Sepang 1 16 6 Hulu Langat 0 59 19 Hulu Selangor 0 18 4 JUMLAH 4 262 156 -
Apakah tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membantu sekolah-sekolah tahfiz?
Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan daripada segi bantuan baikpulih, bantuan alat pemadam api dan seminar kesedaran keselamatan. Kerajaan Negeri melaksana dan menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 1971).
-
Berapakah jumlah peruntukan kepada sekolah tahfiz dari 2014-2017 mengikut tahun?
Jumlah peruntukan sekolah tahfiz dari tahun 2014 sehingga 2017 seperti yang berikut :
TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN 2014 RM1,063,000.00 2015 RM1,285,000.00 2016 RM1,550,000.00 2017 ( FASA 1) RM1,725,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM5,623,000.00