Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
192) SEKOLAH-SEKOLAH PERSENDIRIAN JENIS CINA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina sebuah Sekolah Menengah Cina Persendirian untuk mengatasi permintaan yang melebihi daripada kalangan kaum Cina di negeri ini?
Kerajaan negeri Selangor tidak berhasrat untuk membina Sekolah Menengah Cina Persendirian. Ini kerana Sekolah Menengah Cina Persendirian adalah bermaksud milik individu atau persatuan-persatuan tertentu, dan kerajaan tiada mempunyai apa-apa autoriti ke atas sekolah tersebut sama ada pentadbiran mahupun pembinaan.
-
Selain daripada bantuan kewangan, apakah bantuan-bantuan lain yang telah dan bakal diberikan kepada Sekolah-sekolah Menengah Cina Persendirian di negeri Selangor pada masa kini?
Kerajaan negeri Selangor tidak memberi bantuan selain bantuan peruntukan secara direct grant kepada empat (4) buah Sekolah Menengah Cina Persendirian yang beroperasi di negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Persendirian Cina yang terdapat di Negeri Selangor pada hari ini?
Setakat ini, hanya terdapat empat (4) buah Sekolah Menengah Cina Persendirian yang beroperasi di negeri Selangor, manakala tiada data yang menunjukkan Sekolah Rendah Cina Persendirian wujud di negeri Selangor.