Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

283) SEKOLAH-SEKOLAH MITS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan pencapaian SPM 2023 bagi keseluruhan sekolah-sekolah MITS.

    Berikut adalah pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM bagi Maahad Integrasi Tahfiz Selangor ( MITS) untuk tahun 2022 dan 2023

     

    Bagi  MITS Alama Impian Klang, GPS bagi tahun 2023 adalah 2.40 ianya menurun 0.26 berbanding tahun 2022 iaitu 2.14.

     

    Manakala bagi MITS Bagan Lalang pula GPS diperoleh pada tahun 2023 adalah 1.85. Ianya menurun 0.36 berbanding tahun 2022 iaitu 1.49.

     

    Bagi MITS Bagan Terap Sabak Bernam, GPS bagi tahun 2023 adalah 2.39 meningkat 0.39 berbanding tahun 2022 iaitu 2.78.

     

    MITS Istana Bandar, Kuala Langat memperoleh GPS 2.33 pada tahun 2023, ianya menurun 0.03 berbanding tahun 2022 iaitu 2.30.

  2. Bagaimana tindakan Kerajaan bagi menangani kekurangan guru pakar terutama dalam bidang Sains dan Matematik di beberapa sekolah MITS?

    Tiada Skim yang khas dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Selangor. Kerajaan mengkategorikan guru yang berpengalaman mengajar melebihi 3 tahun sebagai guru pakar. Selain daripada itu, guru sedia ada akan sentiasa ditambah nilai dengan kerjasama Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.