Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

130) SEKOLAH-SEKOLAH BANTUAN MODAL DAN BANTUAN PENUH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Sekolah-sekolah Agama yang masih dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal dan bantuan penuh pada masa kini?

    Berikut adalah jumlah sekolah-sekolah Cina, Tamil dan sekolah-sekolah agama yang masih dikategorikan sebagai bantuan modal dan bantuan penuh pada masa kini :

    JENIS SEKOLAH BANTUAN MODAL BANTUAN PENUH
    SJKC 53 BUAH 55 BUAH
    SJKT 67 BUAH 30 BUAH
    SABK 23 BUAH
    MUBALIGH 29 BUAH
  2. Apakah sebab-sebab dan/atau alasan-alasan mengapakah masih terdapatnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang belum menjadi sekolah-sekolah bantuan penuh?

    1.  Persetujuan 100 % ibu bapa / penjaga /LPS / PIBG
    2. Tanah sekolah mesti menjadi milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)
    3. Kesediaan pihak sekolah untuk menyerahkan tanah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) jika ia milik pihak tertentu / individu.
    4. Tiada isu berbangkit tentang kewangan sekolah atau tanggungan yang belum diselesaikan.
    5. Trend enrolmen yang menunjukkan bilangan murid sekolah berkaitan kekal atau boleh berkembang
    6. Sekolah perlu terdiri daripada pelbagai kaum
  3. Berapakah jumlah sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang telah diberikan tanah dan/atau tanah tambahan seluas 10 ekar untuk sekolah-sekolah mereka?

    Pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor tidak ada menerima sebarang permohonan pewartaan tapak sekolah Tamil dan Jenis Kebangsaan Cina kecuali Sekolah Agama Islam sahaja yang diwartakan yang dipohon oleh JAIS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.