Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

71) SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA & TAMIL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina & Tamil adalah amat berkurangan sehingga sesebuah sekolah itu terpaksa menampung jumlah murid yang terlalu ramai hingga menyebabkan sistem pembelajaran menjadi kurang selesa. Berapakah jumlah murid di kedua-dua sekolah tersebut di Selangor?

    Jumlah murid di SJKC ialah seramai 122 623 orang manakala 34 706 orang murid
    berada di SJKT di Negeri Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan lebih banyak tapak simpanan untuk membina sekolah ini?

    Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan ( Bantuan Modal) urusan tanah adalah di bawah
    tanggungjawab Lembaga Pengurus Sekolah. Pihak Jabatan Pelajaran dan Kementerian
    Pelajaran tidak dipertanggungjawabkan mengenai tanah untuk sekolah tersebut. Pihak
    Jabatan Pelajaran mengalukan-alukan jika Kerajaan Negeri menyediakan tapak untuk
    sekolah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.