Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
173) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH AGAMA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar di DUN Meru?
- Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar di DUN Meru adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
-
Apakah bentuk peruntukan yang diberi bagi setiap sekolah SRA, SMA di bawah JAIS?
- Bentuk peruntukan yang diberi bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Menengah (SAM) di bawah JAIS adalah seperti berikut:
- Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor Emolumen tenaga pengajar
Kakitangan sokongan di 68 buah SRA mengikut waran Pembantu Tadbir N17 yang diperuntukkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Peruntukan bayaran utiliti (Air, Elektrik dan IWK)
Peruntukan baik pulih/penyelenggaraan bangunan
Peruntukan elaun pembersih kawasan bagi Sekolah-sekolah Rendah Agama (SRA) gred B dan gred C
Perkhidmatan mencuci bangunan dan pembersih kawasan bagi Sekolah-sekolah Rendah Agama (SRA) gred ‘’A‘’
Perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata bagi Sekolah- sekolah Rendah Agama (SRA) gred ‘’A‘’
- Sekolah Agama Menengah
Emolumen tenaga pengajar bagi Sukatan Al-Azhar
-
Bagaimanakah peruntukan disalurkan kepada Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama?
Peruntukan disalurkan kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Menengah (SAM) melalui:
- Lantikan tenaga pengajar dan kakitangan sokongan
- Lantikan pembersih kawasan (sambilan) di SRA gred ‘B’ dan gred ‘C’
- Lantikan syarikat pembekal perkhidmatan mencuci bangunan dan pembersih kawasan sekolah di SRA. gred ‘’A‘’
- Lantikan syarikat pembekal perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata di SRA. gred ‘’A‘’
- Menyalurkan peruntukan baik pulih/penyelenggaraan bangunan melalui Jabatan Kerja Raya