Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
255) SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah penduduk di Taman Sungai Kapar Indah akan memperolehi sebuah sekolah rendah agama sendiri?
Sekolah Rendah Agama Taman Sungai Kapar Indah tidak diperuntukkan RMK-11, sekiranya terdapat permohonan pembinaan Sekolah Rendah Agama akan dipertimbangkan dalam RMK-12.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan pendidikan di Sekolah Rendah agama adalah percuma kepada semua pelajar?
Ya, Kerajaan mempunyai perancangan memberikan pendidikan secara percuma dan pada masa ini, Kerajaan telah menyediakan seperti berikut:
- Buku Teks
- Bayaran utiliti: Elektrik dan Air
- Guru
- Kawalan keselamatan bagi sebahagian sekolah
- Pembersih kawasan