Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
102) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pembinaan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pulau Indah di atas tanah wakaf seluas 1.21 hektar terbengkalai yang mana sepatutnya siap pada bulan April 2008. Jumlah murid-murid sekolah bertambah ekoran pembangunan pesat di Pulau Indah dan kelas yang sedia ada di bangunan lama tidak berupaya lagi menampung pertambahan murid-murid. Justeru itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan dalam menangani masalah tersebut untuk menampung jumlah murid-murid yang semakin bertambah
-
Apakah status atau laporan terkini berkenaan projek pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Pulau Indah.
-
Berapakah anggaran penambahan kos pembinaan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pulau Indah yang baru akibat kelewatan dan pihak mana lagi yang terlibat selain dari Majlis Agama Islam dan Jabatan Kerja Raya?