Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

265) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan baikpulih SRA pada tahun ini?

    Jumlah peruntukan bagi menyelenggara dan baikpulih SRA pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 2,562,959.10

  2. Nyatakan jenis bantuan yang telah dan sedang diberikan Kerajaan Negeri kepada SRA?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor telah memberikan pinjaman Buku Teks Tahap 1 dan Tahap 2 dan juga Pembersih Kawasan di setiap sekolah dan kawalan keselamatan di sekolah gred A dan B.

  3. Senaraikan SRA di DUN Permatang yang telah menerima peruntukan serta nilai peruntukan dari 2018 - 2019?

    Menerima Peruntukan Serta Nilai Peruntukan Tahun 2018-2019

    BIL TEMPAT PERUNTUKAN (RM)
    1 SRA Bukit Belimbing 19,960.00
    2 SRA Parit 11 Sg Sireh 19,870.50
    3 SRA Kg Jaya Setia, Bestari Jaya 19,800.00
    4 SRA Batu 4 Sg Terap & Sra Kunci Air Buang Tg Karang 19,725.00
    5 SRA Kg Bkt Badong Bestari Jaya 19,800.00
    6 SRA Blok ‘S’ Sungai Burung 19,397.40
    7 SRA Bukit Belimbing 19,700.00
    8 SRA Sungai Sembilang 19,770.00
    9 SRA Sri Desa Tanjung Karang 19,760.00
    10 SRA Batu 12 Sg Burong 19,747.00
    11 SRA Bandar Malawati 19,790.00
    12 SRA Sungai Tengi Kanan Tanjong Karang 19,737.50
    13 SRA Parit 1, Sg Sireh 19,780.00
    14 SRA Permatang, Kg Permatang 19,750.00
    15 SRA Othmaniah Parit Serong Tg Karang 19,720.00
    16 SRA Puncak Alam 19,900.00
    17 SRA Assam Jawa 19,700.00
    18 SRA Blok S Sg Burong Tg Karang 19,700.00
    19 SRA Sungai Tengi Kanan 19,620.50
    20 SRA Sungai Sireh 19,580.00
    21 SRA Bkt Belimbing 19,820.00
    22 SRA Blok S Sg Burong Tg Karang 19,780.00
    23 SRA Batu 11 Jln Bernam Tg Karang 19,750.00
      454,157.90

Lampiran

Tiada Lampiran.