Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

375) SEKOLAH RENDAH AGAMA MERBAU SEMPAK, BATU 18, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SUNGAI BULOH

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JAIS merancang untuk menaik taraf sekolah lama ini?

    Ya, JAIS merancang untuk menaik taraf sekolah lama ini.

  2. Berapakah kos penyelenggaraan sekolah ini yang dikeluarkan oleh JAIS pada tahun 2022-2023?

    Kos penyelenggaran sekolah ini bagi tahun 2022-2023 ialah sebanyak RM376,565.00 yang telah dibelanjakan bagi kerja-kerja baik pulih.

  3. Adakah Kerajaan Negeri/ JAIS mempunyai tanah yang boleh dibangunkan untuk sekolah baharu di kawasan tersebut?

    Ya, Kerajaan Negeri dalam proses untuk mewartakan tanah berhampiran dengan sekolah ini untuk tujuan pembangunan blok sekolah baru pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.