Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

11) SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIS

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah nisbah guru dan murid bagi Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi di Negeri Selangor khususnya di kawasan Pelabuhan Klang?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak menggunakan kaedah nisbah guru dan murid bagi menentukan jumlah guru di sesebuah sekolah. Sebaliknya menyediakan tenaga pengajar berdasarkan bilangan kelas dengan nisbah 1 kelas : 1 guru dan dengan ditambah unit pentadbir seramai 3 hingga 5 orang bergantung kepada bilangan kelas di sesebuah sekolah. Rujuk lampiran Garis Panduan Penempatan Guru dan Murid.

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menampung kekurangan guru-guru di Sekolah-Sekolah Agama di Negeri Selangor seperti di SRA Pulau Indah?

    Kerajaan Negeri sentiasa memastikan pengisian semula jawatan guru yang kosong dapat diisi untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan. Namun begitu, pengisian jawatan guru adalah berdasarkan jumlah kelulusan waran perjawatan guru sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.