Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

101) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi sekolah SRAI di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan prestasi sekolah-sekolah di bawah pentadbiran dan seliaan JAIS terus ditingkatkan dengan:

    • Melaksanakan program penilaian pelaksanaan konsep Integreted Holistic Education System (IHES) yang memberi penekanan kepada kemenjadian guru dan pelajar melalui protokol Integreted Holistic Assessment Board (IHAB)
    • Mempertingkatkan prestasi dan kompetensi guru melalui Kursus Peningkatan Profesionalisme Mata Pelajaran Teras dan Elektif
    • Meningkatkan keupayaan guru dalam melaksanakan Krikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR) dan kurikulum pendidikan Islam JAIS.
    • Berusaha meningkatkan keperluan fizikal dan virtual bagi memaksimumkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Revolusi 4.0 dan Smart Selangor.
  2. Apakah Kerajaan Negeri ada merancang untuk membina SRAI yang baru bagi menggantikan SRAI Salak Tinggi yang serba dhaif kerana lokasi yang sudah tidak sesuai?

    Cadangan pembinaan SRAI Salak Tinggi ini akan diteruskan dalam RMK 12.

Lampiran

Tiada Lampiran.