Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
123) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi SRAI di Selangor?
- Antara perancangan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi SRAI adalah seperti berikut:
- Mengadakan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) bagi pengambilan murid darjah satu dan bagi pertukaran murid tahun 2,3,4 dan 5, akan dinilai melalui pencapaian pentaksiran bilik darjah.
- Menyediakan prasarana yang cukup bagi semua SRAI.
- Melaksanakan sepenuhnya kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan Islam JAIS di semua SRAI. Kerajaan Negeri percaya melalui gabung jalin dua kurikulum ini akan menghasilkan kemenjadian murid yang seimbang dan holistik.
- Menggunakan kaedah dan pengajaran berasaskan pendidikan abad ke-21 untuk dilaksanakan oleh guru-guru di dalam kelas.
- Melaksanakan pembelajaran digital sebagai sebahagian daripada keperluan pendidikan masa kini.
-
Apakah Kerajaan Negeri ada merancang bagi membuat SRAI yang baru bagi menggantikan SRAI Salak Tinggi yang serba dhaif kerana lokasi yang sudah tidak sesuai?
- Buat masa ini, pihak Jabatan Agama Islam Selangor belum mempunyai perancangan bagi membina SRAI baru di bawah RMK-11. Sekiranya terdapat permohonan akan dipertimbangkan di bawah RMK-12.