Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
114) SEKOLAH RENDAH AGAMA DI TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PAID Klang dan Kerajaan Negeri tidak melihat keperluan untuk membina sebuah Sekolah Rendah Agama Khas untuk Taman SKI yang kini terpaksa bersekolah di sekolah agama swasta atau Sekolah KAFA yang beroperasi di bangunan rumah kedai dan sering berpindah randah?
JAIS bercadang untuk mengemukakan pembangunan pembinaan sekolah tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK13) yang terdiri dari 40 buah bilik darjah. Untuk makluman, JAIS pernah berhasrat untuk mencadangkan pembinaan ini dimasukkan pada RMK 12, namun setelah diteliti, JAIS mendapati ada masalah status tanah yang perlu diselesaikan. Sehubungan itu, usaha-usaha untuk mewartakan tanah tersebut akan dimuktamadkan pada tahun ini.