Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

125) SEKOLAH RENDAH AGAMA DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Sekolah Rendah Agama di DUN Teratai?

    Rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Sekolah Rendah Agama di DUN Teratai (SRA.Cheras Baru, KAFAI Al-Huda Bkt Teratai & KAFAI As-Salam):

    • Memberi ruang seluas-luasnya kepada para guru di ketiga-tiga Sekolah ini dan guru Jabatan Agama Islam Selangor keseluruhannya untuk menambah ilmu, kemahiran dan memperbaiki sikap melalui kursus yang JAIS sediakan atau Institut Awam yang ada di Negara ini.
    • Memberi halatuju yang jelas kepada pegawai, guru dan kakitangan kearah membina generasi yang menghayati Al- Quran melalui pendekatan yang Integrated dan Holistik
    • Meningkatkan keperluan      prasarana      supaya           pembelajaran            dapat dilaksanakan dalam suasana yang kondusif
  2. Berapakah peruntukan yang telah diagihkan untuk perkara (a)?

    Peruntukan yang telah diagihkan ialah 1058   orang X RM615.43 = RM651,124.94.

  3. Berapakah bilangan tenaga pengajar dan pelajar yang dapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan untuk Sekolah Agama DUN Teratai?

    Bilangan yang mendapat manfaat berkenaan di kalangan tenaga pengajar seramai 46 orang dan pelajar 1058 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.