Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

167) SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang menambahkan jumlah Sekolah SRA di Dusun Tua?

    Sebanyak 10 buah Sekolah Rendah Agama di DUN Dusun Tua masih dapat menampung jumlah murid. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menambah bilangan sekolah di DUN ini. Sekiranya ada keperluan menambah jumlah sekolah, terdapat tiga (3) tanah di DUN ini yang telah diwarta untuk membina sekolah agama. Bagi pembinaan sekolah baharu, Kerajaan Negeri perlu memperuntukkan kos sebanyak RM 30,000,000.00 juta untuk satu sekolah yang mengandungi mengandungi 2 blok pentadbiran/ blok kelas (3 tingkat), 1 blok kantin dan 1 blok surau.

  2. Dusun Tua kekurangan Sekolah Rendah Agama menyebabkan limpahan pelajar di sesebuah SRA dan mengakibatkan kesesakan dan ketidakselesaan kepada pelajar.

    JAIS telah meneliti sebanyak 17 buah sekolah (10 buah Sekolah Rendah Agama dan 7 buah sekolah KAFA Integrasi) di DUN Dusun Tua namun tiada sekolah yang sesak dan mengalami limpahan murid. Semua kelas masih boleh diisi sehingga maksimum seramai 40 orang murid bagi satu kelas dan jumlah ini adalah wajar dan biasa untuk sekolah-sekolah di bawah JAIS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebanyak 17 buah sekolah di DUN Dusun Tua boleh menampung sebanyak 8,880 orang murid. Sehingga kini dengan jumlah sebanyak 222 kelas secara keseluruhan yang menempatkan 7,099 murid boleh lagi diisi dengan 1,781 orang murid.

Lampiran

Tiada Lampiran.