Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

119) SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor?

    Jabatan ini sedang dan akan terus memperkasa pendidikan Agama Islam di Sekolah Rendah Agama (SRA) melalui pelaksanaan program:

     

    Program Integrated Holistic Education System (IHES) iaitu:

     

    • meningkatkan kualiti guru melalui amalan-amalan peribadi mengikut Sunnah dan al-Quran seperti melaksanakan amalan- amalan sunat, mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah di samping istiqamah melaksanakan ibadah wajib
    • mengintegrasikan kurikulum dengan kehidupan murid dan guru seharian iaitu melaksana dengan mengikut kemampuan apa yang dipelajari atau diketahui
    • memaksimumkan penggunaan prasarana sedia ada seperti pusat sumber sekolah, surau dan lain-lain dalam melaksanakan pengajaran dan

     

    1. Program Quranic Generation Divelopment Program (QGDP) iaitu:

     

    • melaksanakan program pembangunan generasi al-Quran
    • member kursus berkaitan dengan jati diri guru bagi meningkatkan keberkesanan pendidikan
    • meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran, di luar kelas, pentadbiran dan ICT melalui kursus dan

     

    • memastikan murid melaksanakan Fardhu Ain seperti yang telah diajar melalui Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)
    • belajar untuk kehidupan bagi mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat berbanding belajar dengan menitikberatkan peperiksaan seperti difahami oleh umum

     

    • Program Integrated Holistic Assessment Board (IHAB) iaitu:

     

    • Menilai, mentaksir dan mengukur pencapaian murid secara holistik dengan menggabungkan penilaiaan melalui Akhlah, Akademik, Pelaksanaan Fardhu Ain, Kokurikulum dan lain-lain.

     

    Program Education Management System (EdMS) iaitu mengurus pendidikan di sekolah melalui instrumen Pemantauan Naziran, Standart Kualiti Pendidikan JAIS (SKPJ) dan International Standart Operation (ISO) dan boleh diukur dan

     

    Menaik taraf Skim Jawatan Guru KAFA di SRA kepada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Gred S17

  2. Berapakah peruntukkan kerajaan negeri untuk menjayakan program pemerkasaan SRA?

    Anggaran peruntukan Kerajaan Negeri untuk menjayakan program pemerkasaan SRA adalah seperti berikut:

     

    Peruntukan tahunan sebanyak RM300,000.00 untuk melaksanakan program IHES, QGDP, IHAB dan

     

    Peruntukan tambahan sebanyak RM19,627,452.00 untuk menaik taraf Skim Jawatan Guru KAFA di SRA kepada PHEI Gred

  3. Berapakah bilangan tenaga pengajar di Sekolah Rendah Agama dalam negeri Selangor ketika ini dan adakah mencukupi?

    Bilangan tenaga pengajar di SRA negeri Selangor ketika ini adalah seperti berikut:

     

    BIL. KATEGORI GURU BILANGAN GURU
    1. Guru Tetap (PPPLD DG29-34) 706
    2. Guru Kontrak DB17 68
    3. Guru KAFA 4200
    Jumlah Keseluruhan 4974

     

    Pada masa ini bilangan guru di SRA seramai 4974 orang adalah mencukupi.

Lampiran

Tiada Lampiran.