Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

236) SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kriteria-kriteria bagi sekolah rendah agama untuk mendapatkan bantuan penuh daripada kerajaan negeri

    Sekolah Rendah Agama (SRA) yang mendapat bantuan penuh adalah sekolah yang dirancang awal oleh kerajaan berdasarkan unjuran yang mengambil kira kemampuan kewangan dan keperluan masyarakat setempat.

  2. Nyatakan jenis bantuan yang disediakan kepada SRA

    Kerajaan membiayai semua keperluan asas sebuah sekolah.

  3. Berapakah jumlah keseluruhan bagi murid serta guru kafa yang dicatatkan setakat 2014?

    Jumlah keseluruhan murid serta guru KAFA yang dicatatkan setakat 2014 adalah murid seramai 92,304 orang dan guru 3,515 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.