Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

197) SEKOLAH PERSENDIRIAN ISLAM MADRASAH DARUL MUJAHIDIN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembangunan Sekolah Persendirian Islam (SPI) Madrasah Darul Mujahidin di tapak baru penempatan semula perkampungan Darul Mujahidin?

    Hasil semakan terkini, tapak tanah tersebut adalah merupakan tanah hakmilik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi tujuan bangunan kemasyarakatan (Kompleks Islam) seluas 5.960 ekar. Pada masa yang sama, Unit Pembangunan JAIS telah menerima anggaran kos awalan (AKA) terbaru dari pihak JKR Selangor. Kos asal projek ini adalah sebanyak RM5,700,000.00 dan telah meningkat kepada RM11,768,000.00. Unit Pembangunan JAIS telah menerima ulasan dari Bahagian Pendidikan Islam JAIS yang mencadangkan agar projek ini ditangguh dahulu bagi memberi keutamaan kepada pembinaan Sekolah Agama Negeri yang lebih mendesak dan boleh menyebabkan JAIS diberi kuasa penuh seperti menentukan dasar-dasar guru, ko kurikulum dan pengambilan pelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.