Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

217) SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah tapak tanah bagi penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) baru telah dikenalpasti? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, tiada maklumat diterima berhubung permohonan tapak tanah bagi penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.

  2. Adalah Kerajaan Selangor berhasrat meningkatkan bantuan kepada SMPC memandangkan Kerajaan Sarawak memberi bantuan sebanyak RM10 juta setahun kepada SMPC di Sarawak?

    Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun kepada empat (4) buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) di Negeri Selangor iaitu Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua, Sekolah Menengah Hin Hua, Sekolah Menengah Kwang Hua dan Sekolah Menengah Pin Hwa dengan peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 bermula pada tahun 2009 sehingga kini. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meningkatkan peruntukan tersebut memandangkan peruntukan yang diberikan adalah jauh lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan kepada lain-lain sekolah seperti Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJ (T)) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJ (C)).

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia menimbangkan cadangan ini pada masa hadapan jika terdapat keperluan untuk menambah peruntukan serta kedudukan kewangan Kerajaan Negeri mengizinkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.