Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
65) SEKOLAH MENENGAH AGAMA VOKASIONAL
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Semasa mengumumkan kenaikan guru agama KAFA Selangor pada awal November 2008, YAB DATO' Menteri Besar Selangor mencadangkan agar didirikan Sekolah Menengah Agama vokasional di negeri Selangor. Sejauh manakah tindakan bagi mendirikan Sekolah Menengah Agama Vokasional ini telah diambil?
Pada masa kini JAIS telah menyiapkan kertas konsep penubuhan SMAT/V. Ringkasan kertas konsep tersebut adalah seperti berikut:
- KURSUS- KURSUS YANG AKAN DITAWARKAN
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Awam
Perdagangan
- Pengajian Keusahawan
- Prinsip Akaun
Ekonomi Rumah Tangga
- Komponen Pengurusan Makanan
- Komponen Pengajian Pakaian
Sains Pertanian
- Pengajian Agroteknologi
- Sains Pertanian
- TARIKH PENUBUHAN SEKOLAH SMAT/V
Dicadangkan penubuhannya pada tahun 2011
- CADANGAN LOKASI
Bil Daerah Tempat Keluasan Tanah sedia ada 1 Kuala Selangor Puncak Alam 9 ekar - IMPLIKASI KEWANGAN
Kos asas untuk membina dan menubuhkan SMAT/V dianggarkan berjumlah RM35,250,000.00 (TIGA PULUH LIMA JUTA DUA RATUS LIMA PULUH RIBU)
Bil Perkara Jumlah Kos (RM) 1 Cadangan membina bangunan sekolah (bangunan akademik dan pentadbiran)
2 blok 24 bilik darjah
7,000,000.00 2 Cadangan membina bangunan bengkel teknik 6 buah bengkel 5,000,000.00 3 Cadangan membina bangunan asrama 4 blok Putera dan puteri (400 P/
400L)
5,000,000.00 4 Cadangan membina bangunan dewan makan 2 blok Putera dan puteri
3,000,000.00 5 Cadangan membina bangunan surau 1 blok 1,500,000.00 6 Cadangan membina pusat kegiatan kokurikulum Gelangang i. bola sepak ii. sepak takraw iii. bola tampar iv. tenis
v. bola keranjang vi. bola jaring
1,000,000.00 7 Cadangan membina bangunan kantin 1 blok 750,000.00 8 Cadangan membina dewan perhimpunan 1 blok 1,500,000.00 9 Cadangan membina kuarters kaki tangan Mengikut gred 2,500,000.00 10 Cadangan membekal perabot sekolah secukupnya 1,000,000.00 11 Cadangan membekal peralatan teknik secukupnya 7,000,000.00
JUMLAH BAJET 35,250,000.00 - KURIKULUM
SMAT/V akan melaksanakan integrasi kurikulum berikut :
- Kurikulum Baru Sekolah Menengah ( KBSM ) dan Teknik sebanyak 70% dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Kurikulum Pendidikan Islam JAIS sebanyak 30% dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum Al-Quran. Pelajar-pelajar diwajibkan menguasai dan menghafal Juzuk Amma.
-
Berapa buah sekolah sedemikian dijangka didirikan pada peringkat permulaan?
Dicadangkan sebuah sekolah SMAT/V sahaja pada peringkat permulaan.
-
Adakah sebarang kerjasama diharapkan dari Kementerian Pelajaran Persekutuan?
Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan termasuk khususnya dari KPM dalam perkara berikut :
i. Khidmat Nasihat
ii. Bantuan Kurikulum
iii. Bantuan Tenaga Guru