Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
189) SEKOLAH MENENGAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membina sekolah menengah baru di DUN Semenyih supaya dapat mengawal (kepadatan) kemasukan pelajar.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa peka dan prihatin terhadap prasarana dan keperluan pendidikan murid di negeri Selangor yang mencukupi dan kondusif.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ingin dijelaskan bahawa pembinaan sesebuah sekolah kerajaan baharu adalah berdasarkan keutamaan iaitu merujuk kepada faktor keperluan, kesediaan dan status pemilikan tapak atau tanah, kesesuaian lokasi, jarak dengan sekolah berdekatan dan kepadatan sekolah sedia ada. Bagi Daerah Hulu Langat di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, khasnya di kawasan Semenyih, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) telah membuat dua permohonan perolehan tanah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam RMK 12 untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Eko Majestic pada Rolling Plan (RP) 3 (2022) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Sari pada Rolling Plan (RP) 4 (2023). Status kelulusan bagi RP 3 dijangkakan akan dimaklumkan dalam waktu terdekat dan permohonan dalam RP 4 akan dibentangkan ke KPM pad 6 Mac hingga 8 Mac 2023.