Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

99) SEKOLAH MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS ISTANA BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan guru-guru tetap dan guru-guru kontrak?

    Bilangan guru-guru tetap dan guru-guru kontrak di Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) Istana Bandar adalah seperti berikut:-

     

    Jumlah keseluruhan guru tetap dan guru kontrak adalah empat puluh satu

    (41) orang. Berikut adalah perincian jumlah guru tetap dan guru kontrak di MITS Istana Bandar.

     

    Bil. Perkara Jumlah
    1 Jumlah Guru Tetap 13
    2 Jumlah Guru kontrak 28
    Jumlah 41

     

    Pecahan Guru Tetap

    Bil. Skim Gred Jumlah
    1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG48 1
    2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44 2
    3 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 3
    4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG32 6
    5 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG28 1
    Jumlah   13

     

    • Pecahan Guru Kontrak
    Bil. Skim Gred Jumlah
    1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 27
    2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 1
    Jumlah   28
  2. Apakah halangan semua tenaga pengajar diberi jawatan tetap?

    Pengisian perjawatan tetap bagi guru-guru di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor sebagai Pihak Berkuasa Yang

     

    Pengisian adalah berdasarkan kepada kekosongan waran perjawatan yang diberi kelulusan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai satu-satunya punca kuasa. Untuk itu, pengisian guru hendaklah melalui proses pelantikan yang diuruskan oleh pihak suruhanjaya tersebut.

     

    Walau bagaimanapun, MITS Istana Bandar tidak mempunyai waran perjawatan tetap. Sehubungan itu, para guru yang bertugas di MITS Istana Bandar perlu membuat permohonan jawatan apabila iklan pengambilan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

  3. Bilakah pembangunan naik taraf sekolah akan dilaksanakan dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan?

    Anggaran asal kos pembinaan adalah sebanyak RM 29, 686, 104.85 bagi fasa 1 yang merangkumi blok asrama lelaki dan perempuan, dewan makan dan blok pentadbiran. Namun begitu, terdapat pindaan pada susun atur bangunan dan fungsi bangunan. Status terkini ialah masih di dalam proses rekabentuk dan dijangka tender pada Disember 2015

Lampiran

Tiada Lampiran.