Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

117) SEKOLAH KAFA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah sekolah KAFA dan Sekolah Integrasi KAFA kerajaan dan swasta mengikut daerah sehingga Jun 2015.

    Jumlah sekolah KAFA dan Sekolah Integrasi KAFA Kerajaan dan swasta mengikut daerah sehingga Jun 2015

     

    DAERAH KAFA Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRI) Swasta
    Klang 27 5
    Kuala Langat 9 3
    Kuala Selangor 20 9
    Hulu Langat 62 54
    Hulu Selangor 7 8
    Sabak Bernam 10 0
    Gombak 61 17
    Petaling 85 53
    Sepang 12 9
     

    JUMLAH

    293 158

     

  2. Apakah status pelaksanaan kenaikan gaji guru KAFA sehingga RM 1,500?

    Kenaikan elaun guru KAFA dari RM 1,300 kepada RM 1,500 akan bermula Januari

  3. Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah- sekolah KAFA tersebut?

    Kerajaan sedang dan telah menyediakan program dan meningkatkan kualiti pendidikan sekolah Kafai seperti berikut:

     

    i.              Latihan dalam perkhidmatan

     

    i.i . Peringkat sekolah (dalaman)

    i.ii. Peringkat sekolah yang diurus oleh Pusat Kegiatan Guru.

    i.iii Peringkat negeri yang dilaksanakan oleh ILDAS

     

    ii.            Peluang belajar

     

    Kerajaan sedang dan telah berkerjasama dangan UNISEL, KUIS, UPSI dan KOBEDA menyediakan peluang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah kepada guru-guru KAFA.

Lampiran

Tiada Lampiran.