Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

293) SEKOLAH DIGITAL SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah elemen utama yang menjadi kunci keberhasilan kepada inisiatif Sekolah Digital
    Selangor ini?

    Sekolah Digital Selangor (SDS) diwujudkan bagi memenuhi keperluan sektor digital yang semakin berkembang di negara ini dan usaha ini selaras aspirasi ke arah pendigitalan sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri pintar dan berdaya huni menjelang 2025

    Selangor Digital School telah melancarkan inisiatif Al Nusantara, melibatkan usaha kerjasama antara The Hive Southeast Asia dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec). Al Nusantara adalah bertujuan untuk menubuhkan ekosistem pembelajaran yang dinamik yang memperlengkapi pelajar dengan kemahiran yang relevan dengan memanfaatkan kuasa transformatif kecerdasan buatan (Al). Terdapat tiga kunci utama Al Nusantara iaitu:

     

    1. Latihan dan Penempatan Pelajar Tahun Akhir

    Al Nusantara memperlengkapkan pelajar tahun akhir dengan latihan yang menyeluruh selama sebulan termasuk 8 projek kecil dan 1 projek akhir. Setelah tamatnya latihan, kami akan menempatkan mereka melalui peluang kerjasama dengan rakan kongsi kami.

    1. Pengkhususan Kurikulum dan Integrasi Industri

    Al Nusantara bekerjasama secara rapat dengan pakar industri untuk merancang kurikulum yang menyatukan konsep teori dan juga praktikal. Pendekatan ini memastikan pelajar akan bersedia untuk menjadi tenaga kerja yang memerlukan kemahiran yang diminta.

     

    1. Menyediakan Rakyat Malaysia untuk Kebolehan Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin

    Al Nusantara adalah inisiatif bersepadu untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan perkembagan Kecerdasan Buatan (Al) dan pembelajaran mesin yang pesat.

    Pada asasnya, Al Nusantara menyediakan pelajar untuk permintaan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi oleh industry dengan cara literasi digital dan kemahiran yang diperoleh memalui program latihan dan praktikal yang kukuh yang menepati tuntutan era digital. Al Nusantara menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan interaktif khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (Al). Pada skala yang besar, Al Nusantara komited untuk menyediakan rakyat Malaysia untuk kebolehan Kecerdasan Buatan (Al) dan pembelajaran mesin

  2. Adakah Universiti Selangor mempunyai prasarana dan kelengkapan yang bersesuaian
    dalam pembelajaran analisis data dan pembelajaran mesin?

    Universiti Selangor (UNISEL) mempunyai prasarana dan kelengkapan yang bersesuaian dalam pembelajaran analisis data dan pembelajaran mesin (Data Analytic and Machine Learning). Terdapat kursus yang berkaitan yang ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran di Kampus Bestari Jaya. Maklumat kursus dan kelengkapan seperti berikut:

    1. Nama Kursus: Artificial Intelligence (Kecerdasan buatan)

    Kod Kursus: IAS2313 dan KRS 4133

    Software    : Prolog dan Open Source Software seperti Phyton dan Scilab

    Kursus ini ditawarkan kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

     

    1. Nama Kursus: Expert System

    Kod Kursus (IAS3233)

    Software : swi prolog

     

    Kursus ini ditawarkan kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda   Teknologi Maklumat

    Kemudahan prasarana yang disediakan untuk pembelajaran:

    1. Makmal Komputer 20 Pax dengan spesifikasi berikut:
    • Dell Optiplex 9020
    • Intel Core i7 (4th Gen) 4590 / 3.3 GHz
    • 16GB NECC Dual Channel DDR3 1600MHz Integrated Intel® HD Graphics 4600
    • Integrated Intel® I217LM Ethernet LAN 10/100/1000; Wireless 802.11n card
    • Integrated Audio
    • DVD Writer Drive
    • 1TB Serial ATA (7200RPM) Hard Drive
    • USB Entry Keyboard
    • Dell (TM) USB Scroll Mouse
    • 23″ UltraSharp LCD Monitor

     

    1. Makmal Komputer 20 Pax dengan spesifikasi berikut:
    • Intel® CoreTM I5-1035G4
    • 8GB DDR4 3200MHz RAM
    • STORAGE 512GB SSD, PCIE-NVME Integrated Graphic Intel Iris Plus
    • Wifi Adapters Rtl8822ce 2*2ac + Bt5.0 Pcie M.2 Intel 10/100/1000/ Gigabits Mbps
    • 8″ FHD IPS WLED BACKLIGHT 1920X1080
    • WINDOWS 10 HOME

    Keperluan komputer dan hardware akan ditambahbah baik mengikut keperluan dari masa ke masa sesuai dengan keperluan pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi.

Lampiran

Tiada Lampiran.