Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

139) SEKOLAH DI BAWAH SELIAAN JAIS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak kah sekolah rendah agama, KAFA dan lain-lainyang berada di bawah seliaan JAIS di Negeri Selangor?

    Bilangan Sekolah Agama Negeri yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam
    Selangor.

  2. Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan bagi membiayai sekolah-sekolah tersebut?

    Jumlah peruntukan yang diluluskan untuk belanja mengurus sekolah di atas adalah RM 81.220.498.90 dan belanja pembangunan berjumlah RM41.050.480.00

  3. Apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi meningkatkan lagi pencapaian prestasi sekolah-sekolah tersebut?

    i. Kurikulum
    – Menyemak dan mengemas kini pelaksanaan sukatan pelajaran al-Quran.

    ii. Guru-guru
    – Melatih guru-guru dengan kaedah Iqra’ dan kaedah-kaedah lain yang perlu disesuaikan dengan kebolehan pelajar.
    – Melatih guru-guru dengan kursus asas keguruan ke arah bestari.
    – Melaksanakan sistem mentee untuk merekodkan perkembangan bacaan Quran dan amalan fardu ain.

    iii. Ko kurikulum
    – Melaksanakan pelaksanaan amal Islami kepada murid-murid dan melaksanakan pertandingan di peringkat sekolah, daerah, zon dan negeri.

    iv. Prasarana
    – Terus meningkatkan bantuan dan sumbangan untuk melengkapkan
    keperluan pengajaran dan pembelajaran.

    v. Penaziran
    Melaksanakan pemantauan berkala/berjadual ke sekolah-sekolah untuk
    membantu pengurusan dan pentadbiran khususnya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.