Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

17) SEKOLAH DAN PELAJAR TAHFIZ

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sekolah dan pelajar tahfiz yang berdaftar didalam Negeri Selangor?

    Jumlah Sekolah dan pelajar Tahfiz yang berdaftar di dalam negeri Selangor

    JUMLAH SEKOLAH JUMLAH MURID
    151 3182
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan elaun khas untuk pelajar tahfiz mengikut peringkat hafazan?

    Kerajaan Negeri belum berhasrat memberi elaun Khas memandangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyediakan peruntukan Dermasiswa Huffaz kepada pelajar Tahfiz yang bersekolah di Sekolah yang berdaftar dengan JAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.