Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
76) SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak sekolah berasrama penuh di negeri ini dan taburannya mengikut daerah?
BIL. DAERAH JUMLAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH
1. Klang 1
2. Sepang 1
3. Kuala Selangor 1
4. Hulu Langat 1
5. Hulu Selangor 1
6. Sabak Bernam 1
7. Gombak 2
JUMLAH 8SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH NEGERI SELANGOR
– – – – –
BIL. DAERAH JUMLAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH
1. Klang 1
2. Sepang 1
3. Kuala Selangor 1
4. Hulu Langat 1
5. Hulu Selangor 1
6. Sabak Bernam 1
7. Gombak 2
JUMLAH 8
BIL PPD KOD SEK SEKOLAH
1. KUALA SELANGOR BEA3083 SM SAINS KUALA SELANGOR
2. HULU SELANGOR BEA5067 SM SAINS HULU SELANGOR
3. SEPANG BEA9607 SMKSERIPUTERI( 5MBP )
4 KLANG BRAOO01 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
(SMBP)
5. HULU LANGAT BRA4003 SMA PERSEKUTUAN (SMBP )
6 SABAK BERNAM BRA6001 SBPI SABAK BERNAM
7 GOMBAK BRA7001 SBPI RAWANG
8. GOMBAK BRA7002 SBPI GOMBAK -
Adakah sekolah-sekolah berasrama penuh di Selangor mencukupi bagi keperluan semasa?
Semua sekolah berasrama penuh di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Bahagian
Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, data bancian berkaitan keperluan sekolah berasrama penuh perlu
dirujuk kepada Bahagian Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Kementerian Pelajaran
Malaysia. -
Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan anak-anak yang berjaya mendapat kemudahan tersebut di setiap daerah?
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Kelas Rancangan Khas untuk
menempatkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan SA UPSR di sekolah-sekolah
harian biasa di dalam satu kelas.