Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
163) SEKOLAH BAHASA IBUNDA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak sekolah akan dibenarkan untuk memohon menukar sesuatu kawasan lapang menjadi kawasan sekolah?
Pihak sekolah tiada halangan boleh memohon untuk menukarkan sesuatu
kawasan lapang kepada kawasan sekolah. Walau bagaimana pun kelulusan
tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kerajaan Negeri.Jawapan oleh PTGS :
Adalah tidak dibenarkan kerana pihak sekolah perlu terlebih dahulu membuat permohonan pembatalan pewartaan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 bagi kawasan lapangan tersebut melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkaitan.Sekiranya diluluskan pembatalan pewartaan tersebut barulah boleh pihak
Kementerian Pendidikan, memohon tanah tersebut untuk tujuan pemberi milikan tanah untuk kawasan I tapak sekolah. Walau bagaimanapun, sekiranya pembatalan pewartaan tersebut ditolak maka tidak dibenarkan kawasan lapang tersebut di tukar menjadi kawasan/tapak sekolah. -
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada setiap jenis sekolah (sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil) dari tahun 2004 hingga 2007?
Agihan peruntukan mengikutjenis sekolah adalah seperti di lampiran A.
Jawapan oleh PTGS :
Bajet yang diluluskan pada tahun 2004 hingga 2007 tidak memperuntukkan
sebarang peruntukan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Walau bagaimanapun, terdapat
bantuan dan sumbangan yang diberikan dari semasa ke semasa oleh ADUN
kepada sekolah-sekolahdi kawasan masing-masing.