Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

57) SEKOLAH AUTISM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah pusat terapi autism di Lembah Jaya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini tiada pusat terapi autisme di Lembah Jaya. Walau bagaimanapun, terdapat tiga buah sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi termasuklah untuk murid-murid berkeperluan khas iaitu:

     

    BIL NAMA SEKOLAH DAERAH DUN
    1. SK AMPANG CAMPURAN HULU LANGAT LEMBAH JAYA
    2. SK TAMAN TASIK HULU LANGAT LEMBAH JAYA
    3. SMK TAMAN TASIK, AMPANG HULU LANGAT LEMBAH JAYA
  2. Apakah perancangan untuk membuka sekolah autism di Lembah Jaya?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membuka sekolah autisme di Lembah Jaya. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah menyediakan sebuah Pusat Sokongan Intervensi ANIS kepada anak-anak autisme dan sindrom down yang terletak di Shah Alam. Pusat ini terbuka kepada anak-anak yang mempunyai ketidakupayaan pembelajaran dari seluruh negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.