Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

128) SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan SAR atau Sekolah-sekolah Swasta yang berdaftar dan tidak berdaftar di negeri Selangor

    Bilangan Sekolah – sekolah Agama Rakyat ( SAR) dan Swasta Berdaftar

     

    Daerah     Kategori Sekolah  
      SEK.AGAMA/BANTUAN NEGERI   SEK.AGAMA SWASTA/PERSENDIRIAN JUM LAH
    SABK PRA SRA SRAI KAFAI (SAR) MIT TAKIS SRI SRII SMI TAHFIZ TUSYEN
    S.BERNAM 7 2 31 1 10 0 1 0 0 0 5 0 57
    K .SELANGOR 2 1 31 1 21 0 4 4 0 0 5 0 69
    KLANG 2 2 29 1 23 1 7 2 4 4 4 0 79
    PETALING 4 2 15 1 96 0 3 11 2 4 7 3 148
    K LANGAT 2 1 24 1 8 1 7 3 3 2 3 0 55
    SEPANG 2 1 13 1 11 0 4 7 1 0 1 1 42
    H.LANGAT 1 1 28 2 59 0 7 21 3 3 5 0 130
    GOMBAK 1 1 11 2 56 0 23 11 1 1 4 3 114
    HULU SELANGOR 2 1 19 0 6 0 6 6 1 0 3 0 44
    JUMLAH 23 12 201 10 290 2 62 65 15 14 37 7 728
             
    JUMLAH 23 505   200  

     

    Petunjuk :

    SABKS – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Selangor       MIT – Maahad Integrasi Tahfiz            KAFAI(SAR) – Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi    TAKIS – Taman Asuhan Kanakkanak Islam

    PRA     –  Pra Sekolah JAIS                                                   SRI – Sekolah Rendah Islam

    SRA     –  Sekolah Rendah Agama                                        SRII – Sekolah Rendah Islam

    Integrasi

    SRAI – Sekolah Rendah Agama Integrasi                             TAHFIZ – Sekolah Tahfiz

    SABK – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan                         TUISYEN-Kelas –kelas Iqra’ & Agama berbayar

     

     

    *Kesimpulan

     

    Bilangan SAR Berdaftar :   738 Buah Belum Berdaftar         :          36 Buah Jumlah                     :         774 Buah

     

     

    1. Bilangan Sekolah-sekolah Swasta belum memenuhi syarat Pendaftaran

     

    i- Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA)   14 Buah
    ii- Sekolah Rendah Islam ( SRI )   14 Buah
    iii- Sekolah Tahfiz (TAHFIZ)     6 Buah

     

    Jumlah                                                           36 Buah

  2. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap sekolah-sekolah tersebut.

    Dasar kerajaan negeri terhadap sekolah tersebut

    1. Menggalakkan penubuhan Sekolah Agama Rakyat. Ini disebabkan sekolah Rendah Agama yang sedia ada amat terhad dan tidak dapat menampung permintaan penduduk yang ingin menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama. Setiap sekolah hendaklah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor.
    2. Memberi bantuan guru ke Sekolah Agama Rakyat. Sebahagian guru KAFA yang dilantik oleh kerajaan Negeri ditempatkan di KAFA Integrasi. Guru-guru KAFA mendapat elaun sebanyak RM 1000.00 sebulan.
    3. Memberi bantuan pembangunan dan baik pulih prasarana kepada sekolah-sekolah yang daif. Peruntukan yang diterima untuk tahun 2009 dari agihan Negeri untuk sekolah Agama Rakyat sebanyak RM 4 juta.
    4. Memberi latihan / kursus jangka pendek kepada guru-guru KAFA untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan pembelajaran mereka kerana hampir semua guru KAFA tidak terlatih.
    5. Membenarkan murid – murid di SAR / KAFAI mengambil peperiksaan JAKIM ( ujian Penilaian Kelas KAFA – UPKK ) dan peperiksaan JAIS ( Penilaian Sekolah Rendah Agama – PSRA )

Lampiran

Tiada Lampiran.