Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

51) SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN MENJADI SABK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah atau menggalakkan lebih banyak lagi Sekolah Agama Persendirian menjadi SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) disebabkan permintaan yang tinggi di peringkat menengah?

    Kerajaan Negeri amat menggalakkan lebih banyak sekolah persendirian menjadi SABK. Namun, permohonan menjadi SABK adalah di atas permohonan sekolah Agama Persendirian itu sendiri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam akan menjadi pemudahcara antara sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu proses permohonan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.