Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

267) SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sekolah agama Islam persendirian dalam Negeri Selangor?

     Jumlah sekolah agama persendirian yang berdaftar adalah seperti berikut:

     

  2. Bilakah Kerajaan Negeri akan mewajibkan semua sekolah ini didaftarkan

    Semua sekolah agama persendirian wajib berdaftar merujuk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 (pindaan 2001)

  3. Apakah tindakan yang akan diambil kepada pihak sekolah yang gagal berbuat demikian?

    Tindakan boleh diambil berdasarkan Seksyen 22 (Kesalahan dan Penalti) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 (pindaan 2001):

    Seksyen 22. Kesalahan dan penalti.

    Mana-mana orang yang

    1. menubuhkan, menguruskan   atau   mengendalikan  Sekolah   Islam    tanpa Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini; atau

     

    1. bertindak dengan melanggari mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan kesalahan dan di mana tiada hukuman ditetapkan bagi kesalahan itu, boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dalam hal kesalahan kali kedua atau seterusnya, dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.