Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
264) SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI SELISEK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kapasiti optimum SAM Sungai Selisek di Hulu Bernam? Dan nyatakan jumlah murid sejak tahun 2020 - 2024.
Mengikut unjuran Anggaran Belanja Mengurus (ABM) sebenar, SAM Sungai Selisek boleh memuatkan maksimum 300 pelajar setiap tahun. Jumlah Murid dari tahun 2020 hingga 2024 adalah seperti berikut :
Tahun Bilangan 2020 247 orang 2021 250 orang 2022 233 orang 2023 214 orang 2024 205 orang -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan padang sekolah bagi SAM Sungai Selisek ini?
JAIS menyedari ketiadaan padang di sekolah SAM Sg. Selisik dan akan meneliti dengan lebih lanjut kerana kajian awal mendapati kos pengambilan tanah daripada kawasan sekitar dari sekolah tersebut agak tinggi dan kebarangkalian untuk sekolah berkenaan berpindah di tapak yang baru turut melibatkan kos yang agak besar.