Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

151) SEKOLAH AGAMA ISLAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah sekolah agama Islam di bawah seliaan Kerajaan Negeri? Sila senaraikan semua sekolah agama yang ada di Selangor.

    Jumlah sekolah di bawah seliaan JAIS adalah sebanyak 549 buah. Senarai sekolah seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Berapa banyak peruntukan yang telah disalurkan kepada sekolah-sekolah agama Islam ini di Selangor sepanjang tahun 2017 dan 2018?

    Peruntukan bagi Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor adalah merangkumi peruntukan bagi pembinaan bangunan baru dan baikpulih bangunan sedia ada. Jumlah peruntukan tersebut bagi tahun 2017 & 2018 adalah seperti berikut:

  3. Apakah program atau inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan bagi melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah agama ini?

    Meneruskan program Mumtaz Milikku yang menjurus kepada kurikulum. Program Kemahiran Amal Islami peringkat sekolah, daerah dan negeri. Program Mukhayyam untuk pelajar MITS dan SRAI. Tadarus Perdana untuk murid SRAI dan SRAI. Sentiasa turut serta mengikuti program peringkat kebangsaan seperti MIISMAM (Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Agama Malaysia) dan KESSUMA (Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Menengah Malaysia)

Lampiran

Tiada Lampiran.