Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

155) SEKOLAH AGAMA DI N39 KOTA DAMANSARA (MBSA: SEKSYEN U3,U4,U5,U6; MBPJ: PJU3, PJU4, PJU5)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senarai penuh dan lokasi sekolah tersebut?

    Hanya terdapat 2 sekolah agama di kawasan berkenaan iaitu:

  2. Sebarang pembangunan (sekolah baru) yang sedang atau akan di laksanakan di N39?

    Tiada pembangunan baru yang sedang atau akan dilaksanakan di DUN Kota Damansara (N39) berdasarkan senarai pembangunan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12).

  3. Sebarang naiktaraf atau pembaikan terhadap sekolah yang telah sedia ada?

    SRA Kota Damansara telah menerima peruntukan Khas Persekutuan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi kerja-kerja baikpulih sekolah sejumlah RM 40,000.00 melibatkan pembaikan talang air, tangki simpanan air dan sistem paip air. Ia merupakan satu-satunya projek baikpulih yang dilaksanakan dan telah siap 28 Jun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.