Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
229) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Sekolah Agama Menengah (SAM) / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Selangor dan senaraikan secara terperinci sekolah-sekolah tersebut serta usia bangunan setiap sekolah?
Jumlah Sekolah Agama Menengah di Negeri Selangor adalah sebanyak 23 buah. Bersama ini disertakan senarai nama Sekolah Agama Menengah di Negeri Selangor seperti di Lampiran A.
-
Apakah kerajaan Selangor mempunyai hasrat bekerjasama dengan Sekolah Menengah Agama Swasta supaya boleh dinaik taraf kepada SABK dan senaraikan Sekolah Agama Sawsta yang berdaftar di Selangor?
Permohonan menjadi SABK adalah di atas permohonan sekolah Agama Persendirian itu sendiri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam akan menjadi pemudahcara antara sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu proses permohonan tersebut.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pelantikan guru tetap di semua sekolah agama di seluruh Negeri Selangor dan senaraikan secara khusus perancangan tersebut?
Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk mewujudkan waran jawatan tetap dan berpencen kerana kuasa tersebut bawah kawalan JPA, namun begitu kerajaan negeri komited untuk mencari solusi kepada jawatan tetap tidak berpencen, pada masa sama kerajaan negeri juga sedang menunggu garis panduan JPA susulan hasrat kerajaan persekutuan untuk mewujudkan jawatan tetap tidak berpencen.