Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

94) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Majoriti bangunan serta prasarana SABK sediaada yang semakin usang, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaiktaraf ataupun membina tambahan bangunan di sekolah yang sediaada?

    Kebanyakan bangunan SABK telah berusia lebih 50 tahun dan sememangnya memerlukan perhatian agar ia selamat digunakan. Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan dalam kerja baik pulih dan naiktaraf pada prasarana yang uzur dan rosak mengikut keperluan semasa, keutamaan diberikan kepada prasarana yang boleh membahayakan pengguna premis tersebut. Pada masa yang sama, Jabatan juga menguruskan baik pulih peruntukan yang diperolehi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  2. Berdasarkan peningkatan bilangan permohonan murid untuk SABK, apakah kaedah penyelesaian terhadap permohonan yang gagal ke SABK?

    Antara kaedah penyelesaian terhadap permohonan yang gagal ke SABK,

    • Memaksimakan bilangan pelajar dalam kelas melalui pengambilan pelajar secara berperingkat.
    • Cadangan membina bangunan asrama tambahan di sekolah terpilih seperti di SAM Pasir Panjang bagi menampung lebihan permohonan di Lembah Klang.
    • Pelajar boleh mengikuti pembelajaran di Kelas KAFA Menengah (KKM) di seluruh negeri Selangor. Kelas ini dilaksanakan 3 hari seminggu sebelum atau selepas murid belajar di SMK aliran perdana.

    Calon yang tidak berjaya dan berminat boleh menyambung pembelajaran di Kelas KAFA Menengah (KKM) di seluruh negeri Selangor. Kelas ini dilaksanakan 3 hari seminggu sebelum atau selepas murid belajar di SMK aliran perdana.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.