Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
194) SEKOLAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik pembinaan sekolah rendah agama Islam di Daerah Hulu Langat bagi tahun 2010-2020.
Statistik Pembinaan sekolah rendah agama Islam Daerah Hulu Langat bagi tahun 2010 – 2020 adalah seperti berikut :-
- SRA Dusun Nanding
- SRA Sg. Tangkas Hulu Langat
- SRA Sg Kantan 3
- SRA Sg. Kantan 2 (bangunan gantian)
- SRA Kg. Pasir (bangunan kantin)
-
Adakah perancangan mendirikan sekolah rendah agama di Bandar Bukit Mahkota DUN Semenyih?
JAIS pernah mencadangkan pembinaan sekolah agama di Bandar Bukit Mahkota DUN Semenyih dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK). Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak diterima.