Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
97) SEKATAN TERHADAP SUK SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
DATO' Setiausaha Kerajaan negeri adalah Ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia, namun ada ura-ura beliau akan dihalang untuk menyertai mesyuarat tertentu. Apakah status sebenar dakwaan tersebut?
- Dakwaan tersebut tidak benar.
-
Jika benar, apakah ini satu penghinaan terhadap status jawatan tersebut?
- Kerajaan tidak pernah memandang hina atau serong pada mana-mana penjawat awam di negeri ini.
-
Adakah ini membuktikan kerajaan negeri tidak telus dalam urusan pentadbiran selaras dengan slogan mereka?
- Kerajaan sentiasa telus di dalam melaksanakan segala dasar dan pendekatan demi kesejahteraan bukan sahaja rakyat tetapi semua penjawat