Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

93) SEKATAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Banyak sekatan politik terhadap Kerajaan Negeri Selangor antaranya menyekat kerajaan negeri dari menggunakan FM Selangor dan melarang ADUN-ADUN Selangor dari menghadiri sebarang acara di sekolah. Apakah sikap dan tindakan negeri Selangor terhadap sekatan Persekutuan tersebut ?

    Saya telah maklumkan ketidakpuas hatian Kerajaan Negeri Selangor kepada
    Y.A.B. Perdana Menteri dalam pertemuan saya dengan beliau pada 25 April
    2008 yang lalu. Y.A.B. Perdana Menteri ambil maklum.

  2. Adakah bantuan dibuat berhubung dengan sekatan-sekatan yang dilakukan

    Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan pihak swasta untuk membolehkan
    Kerajaan Negeri mempunyaislot di Stesen mereka.

  3. Jika bantuan tidak dipeduli, tidakkah kerajaan negeri bercadang bertindak balas menyekat sebahagian dari kepentingan kerajaan Persekutuan di Selangor sebagai pengajaran ?

    Kerajaan Negeri akan memantau perkembanganlayanan Kerajaan Persekutuan
    dari masa ke semasa tapi berharap menjalinkan hubungan konstruktif demi
    kepentingansemua.

Lampiran

Tiada Lampiran.