Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
166) SEK RENDAH AGAMA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berdasarkan apakah peruntukan penyelenggaraan dan baikpulih diberi?
Jais diperuntukkan setiap tahun bagi keperluan selenggara. Bagi tempoh RMK10 (5 tahun), JAIS diperuntukkan sejumlah RM30 juta. Namun, setiap tahun Jais akan menggunakan peruntukkan yang diluluskan melaksanakan baikpulih bagi bangunan yang melibatkan SRA mengikut keutamaan memandangkan banyak permohonan yang diterima daripada pihak sekolah. Kerosakan yang diutamakan ialah yang melibatkan keselamatan dan lain-lain seperti kerosakan bumbung, tandas, elektrik dan keretakan bangunan.
-
Berapakah yang di peruntukan untuk Tabung Pembangunan?
JAIS tidak disediakan untuk Tabung Pembangunan. Peruntukkan yang diluluskan hanya melibatkan pembinaan dan penyelenggaraan bangunan melalui bajet negeri.
-
Adakah peruntukan ini mencukupi serta dapat dibelanjakan setiap tahun?
Peruntukkan yang diberikan akan digunakan mengikut keutamaan kerana kerosakan yang dipohon atau yang diperolehi ada melibatkan kerosakan luar jangka seperti bumbung terbang.