Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
75) SEJARAH KAMPUNG TRADISIONAL
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri ada bercadang untuk melaksanakan Projek Penyejarahan Kampung Baru. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan projek yang sama di kampungkampung tradisional?
- Pelaksanaan Projek Penyejarahan Kampung Baru yang dimaksudkan iaitu di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru yang diuruskan oleh Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN. Tujuan projek tersebut adalah untuk membuat penyelidikan berhubung tentang “New Villages In Selangor : Problems, Policies And Strategies” bagi Kampung
Walaubagaimanapun, cadangan projek penyejarahan Kg. Baru telah ditangguhkan buat sementara waktu kerana Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN ingin mengkaji semula kos kajian dan pelantikan ‘consultant’ bagi menjalankan kajian tersebut.
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar belum bercadang untuk melaksanakan kajian seperti mana yang dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru, namun begitu Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar telah menjalankan Projek Penyejarahan bagi Kampung Tradisional iaitu dengan mewujudkan laman web Kampung Tradisional, www.kampungtradisiselangor.com. Portal Kampung Tradisi Selangor ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor bulan April 2010 yang lepas. Portal Kampung Tradisi Selangor ini merupakan tempat bagi rakyat Selangor untuk mengetahui lebih lanjut lagi maklumat tentang sesuatu kampung di Negeri Selangor.
-
Apakah rasional hanya kampung baru sahaja yang perlu didokumentasikan sejarahnya?
- Seperti yang telah dimaklumkan bahawa Kampung Tradisional juga telah mendokumentasikan sejarahnya melalui laman web / Portal Kampung Tradisi Negeri Selangor. Melalui laman web ini, masyarakat kampung serta rakyat di Negeri Selangor dapat mengetahui info terkini mengenai latar belakang kampung, sejarah tertubuhnya kampung tersebut, aktiviti yang berlaku di kampung, berita-berita yang bermanfaat tentang sesuatu kampung itu serta maklumat-maklumat mengenai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Segala maklumat yang terdapat di dalam portal ini adalah dikemas kini oleh pentadbir sistem di setiap daerah di Negeri