Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
63) SEHAT SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan prestasi Sehat Selangor setakat ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, pencapaian semasa Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) sejak ianya dilancarkan pada 31 Ogos 2021 sehingga 31 Januari 2025 adalah seperti berikut:
- Program Talian SEHAT iaitu bantuan kaunseling secara kaedah panggilan telefon yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Kaunseling Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah menerima sebanyak 1,761 panggilan;
- Program Kaunselor Hab SEHAT dilaksanakan di 9 buah daerah dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA) dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA). Sebanyak 341 sesi kaunseling telah dilaksanakan kepada orang ramai;
- Program subsidi rawatan pakar psikiatri dengan kerjasama Malaysia Psychiatric Association (MPA) dan klinik panel Selcare kepada 290 orang pesakit;
- Lima (5) bengkel kesihatan mental komuniti telah dilaksanakan di daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Petaling dan Sabak Bernam;
- Enam (6) bengkel kesihatan mental universiti telah dilaksanakan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Selangor (UNISEL);
- Empat (4) bengkel Latihan berkaitan Psychological First Aid (PFA), E-PFA, Psikologi Positif dan Pencegahan Bunuh Diri telah dilaksanakan untuk sukarelawan SUKA dan kaunselor;
- 19 siri bual bicara kesihatan mental; dan
- 10 siri Continuous Medical Education (CME).