Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
109) SEHAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah SEHAT mempunyai usaha sama dengan NGO kesihatan mental untuk menyokong pengguna SEHAT, terutamanya penerima subsidi rawatan psikiatri, di luar jaringan klinikal? Nyatakan peruntukan yang digunakan.
Antara komponen utama Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) tahun 2024 adalah pelaksanaan bengkel pencegahan bunuh diri yang bakal dilaksanakan di semua daerah di Negeri Selangor. Pelaksanaan bengkel ini akan diadakan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu MY MIND COMRADE menggunakan peruntukan Program SEHAT tahun 2024.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memantau kecekapan/ efisiensi program SEHAT dan inisiatif subsidi rawatan psikiatri?
Kerajaan Negeri memantau kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan Program SEHAT melalui laporan berkala setiap bulan dan laporan akhir program oleh Agensi Pelaksana. Laporan yang dikemukakan merangkumi data penerima manfaat Program SEHAT termasuk penerima subsidi rawatan psikiatri. Kerajaan Negeri juga mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama Agensi Pelaksana jika terdapat sebarang isu berbangkit semasa melaksanakan Program SEHAT ini.