Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
48) SEHAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilangan pengguna platform SEHAT sejak pelancaran mengikut bulan.
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari N35 Kampung Tunku No.97 (a). Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Kesihatan Mental pada tahun 2019 bertujuan membantu golongan yang menghadapi masalah tersebut mendapatkan bantuan kaunseling bertauliah dan advokasi dan latihan kepada kaunselor dan barisan hadapan. Program tersebut ditambahbaik kepada Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) bermula pada tahun 2021 yang merangkumi komponen lebih lengkap merangkumi video pendidikan kesihatan mental, forum dan ceramah, soal kaji selidik dan platform atas talian bagi individu berhubung dengan kaunselor yang bertauliah.
Bermula tahun 2022, individu yang berkelayakan akan menerima subsidi bagi mendapatkan rawatan psikiatri di klinik panel terpilih. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pengguna SEHAT sejak dilancarkan pada 30 Ogos 2020 adalah seramai 59,547 orang dan pecahan mengikut bulan adalah seperti berikut:
-
Sila nyatakan daripada bilangan pengguna tersebut, berapa orang perlu dirujuk kepada pakar psikiatri atau psikologi untuk rawatan lanjut?
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari N35 Kampung Tunku No.97 (b). Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 312 panggilan telah diterima melalui talian SEHAT bagi tempoh daripada bulan Jun sehingga Oktober 2022. Daripada jumlah tersebut, seramai 130 individu telah dirujuk ke pusat kaunseling untuk sesi secara fizikal bersama pakar kaunselor, dengan perincian isu adalah seperti berikut:
Rujukan ke pakar psikiatri masih belum dilaksanakan atas sebab terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan seperti isu pendaftaran dan rujukan pesakit kepada pakar psikiatri. Namun begitu, pelaksanaan penambahbaikan sedang dilaksanakan akan dibuat melalui aplikasi SELANGKAH.